Wednesday, December 7, 2011

Untuk tempahan - Mini Chocolate Moist Cake

Sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis sebagai cenderahati kepada jemputan. 


Tempahan maksima 1000 cup harga RM 1.30/cup. Stiker dan kotak packaging boleh diuruskan.


Untuk berurusan dengan RAS Cake boleh hubungi Rayhan 019-664 7864


Tempahan 3 hari selewat-lewatnya dari tarikh penghantaran.

Monday, December 5, 2011

Perkhidmatan Door to Door Service Bagi Kawasan Kuala Lumpur

Mulai Disember 2011, perkhidmatan 'door to door service' di Pantai Dalam, Jalan Klang Lama dan Kuala Lumpur. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus berhubung dengan En. Asmadi 019-663 3543.

Pembelian 2 pek ke atas layak untuk tawaran PENGHANTARAN PERCUMA.  Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 Harga produk RM 8.50 / pek.

Wednesday, November 30, 2011

Membuat Chocolate Topping


Bahan-bahan:

1. 500 gram Chocolate Fudge Powder.
2. 750 gram air.
3. 150 gram minyak sayuran.
4. 150 gram mentega/butter.

(masak mengunakan kaedah double boil).

Tepung Kek Span - Sponge Cake Flour

1. Tepung Kek Span Vanilla (segera)
Berat : 270 gram
Harga: RM 3.80

(gambar hasil daripada bancuhan tepung kek span RAS Cake - vanilla berwarna putih, coklat berwarna gelap)





2. Tepung Kek Span Coklat (segera)

Berat : 270 gram
Harga: RM 4.80

(gambar hasil daripada bancuhan tepung kek span RAS Cake - vanilla berwarna putih, coklat berwarna gelap)

New packaging - Tepung Kek Kukus Coklat Moist



 Berat: 390 gram +- .Harga RM 8.50 /pek. 



Berminat untuk mencuba !!!! 
Anda boleh menghubungi Rayhan 019-664 7864 email rayhan7905@gmail.com 


Topping - Membuat icing untuk kek

Buttercream Icing

Bahan-bahan:
1. 1 cawan butter (pada suhu bilik).
2. 2 cawan pepejal sayuran/ shortening (boleh dapat kat kedai kek atau supermarket)
3. 1/2 sudu teh garam
4. 1 sudu makan vanilla essence
5. 6 cawan gula ising
6. 3 sudu besar susu soya (apa-apa jenama, boleh juga guna susu segar/susu cair)
7. Pewarna (mengikut kegemaran).


Peralatan:
1. Mixer tangan
2. Mangkuk adunan (mixer bowl)
3. Spatula
4. Piping tube / icing tube
piping tube (icing)

Cara-caranya;
1. Mixer butter dan pepejal sayuran/shortening sampai berubah warna menjadi keputihan.
2. Masukkan gula icing dan putar sehingga adunan butter tadi sebati dengan gula icing.
3. Masukkan garam dan vanilla essence. Mix lagi.
4. Tambah susu dan mix. Sekiranya terlalu pekat tambah susu. Sekiranya terlalu cair tambah gula icing.
5. Masukkan ke dalam piping tube menggunakan spatula. Sedia untuk menghias kek anda (y)

Monday, November 21, 2011

New product ..coming soon

1. Tepung Kek Span Coklat.
2. Tepung Kek Span Vanila

Monday, September 5, 2011

Promosi Aidilfitri 2011/1432H


Pihak RAS Cake mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pelanggan dihormati.


Promosi Aidilfitri 2011/1432H

Tepung Kek Kukus Coklat RAS Cake. 

PROMOSI RUNCIT: 1 pek - 9 pek pada harga RM 8.00 (biasa RM 8.50)

(** penghantaran PERCUMA bagi kawasan Shah Alam, PutraHeight, Subang Jaya & Bandar Sunway bg setiap pembelian 2 pek ke atas. Caj pos @ penghantaran bg yang diluar kawasan.)

Promosi bermula pada 30 Ogos -  30 September 2011.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi RAYHAN 019-6647864 atau email kepada rayhan790527@gmail.com

Wednesday, July 27, 2011

Promosi Bulan Ramadhan

Friday, April 15, 2011

Kek Kukus Coklat Moist dalam cup untuk tempahan majlis

Produk terbaru RAS Cake. Kek Kukus Coklat Moist dalam cup untuk tempahan majlis perkahwinan dan kenduri kendara.




Harga Runcit: RM 1.50 (1 pcs)
Harga Bundle: RM 13.00 (10 pcs).

Mempelawa tuan punya kafeteria, kantin sekolah dan kilang. Penghantaran PERCUMA untuk  tempahan bundle (30 pcs) di sekitar lembah klang.

Untuk tempahan boleh hubungi Rayhan 019-6647864. (selewat-lewatnya sehari sebelum)

Wednesday, April 13, 2011

Tambah pendapatan dengan meniaga kek kukus coklat moist RAS CAKE

Kami berbesar hati untuk berkongsi peluang menambah pendapatan anda di luar sana. Tahukah anda dengan bermodalkan RM 15 anda boleh menambah pendapatan RM 20-25 setiap hari.


Ada bermacam-macam cara dan kaedah cerita daripada pelanggan-pelanggan kami. Mereka yang bekerja di pejabat mengambil peluang untuk membuat kek kukus di dalam cup kecil dan dijual kepada rakan sepejabat. Ada yang duduk di apartment dan pangsapuri menumpang jual di kedai di bawah bangunan.


Anggaran kos:
1. Tepung Kek Kukus Coklat Moist RAS Cake - RM 6.50 (jika beli 10 pek ke atas)
2. 3 biji telur - RM 0.90
3. Minyak Masak - RM 0.30
4. Susu Pekat - RM 3.30
5. Gas - RM 1.00
6. Topping - RM 3.00
Jumlah = RM 15.00

Jualan Kek Kukus Coklat Siap topping = RM 35.00
(untung sehingga RM 21.40 belum termasuk packaging).

atau

potong kepada 8 bahagian dan jual satu bahagian RM 5.
RM 5 *8 =RM 40
(untung sehingga RM 26.40)

Wednesday, March 23, 2011

Serbuk Koko dan Coklat Naik Harga

Sebenarnya harga koko dan coklat telah naik pada minggu ke 2 bulan Mac. Koko tempatan kualiti gred A RM 25.00 naik RM 3(harga sebelumnya RM 22.00) sekilo dan coklat bar untuk topping RM 18.90 sekilo naik RM 2.10(harga sebelumnya RM 16.80).

Kebanyakan pengedar tepung kek kukus coklat moist Ras Cake telah menaikkan harga runcit daripada RM 8.00 kepada RM 8.50.

Majlis Perpisahan: Nik

Farewell Party "Ms Nik" on Wenesday, 23rd March 2011. Thank you for being our regular customer.



Wednesday, February 23, 2011

Happy Birthday: OPHIET

Sunday, January 16, 2011

RAS Cake - Cawangan Johor

RAS Cake kini memulaan operasi pengedaran di Pontian Johor. Untuk anda yang berminat untuk menceburi perniagaan sambilan boleh mendapatkan stok tepung kek kukus coklat RAS Cake di Pontian.

Alamat: (tiang elektrik no 22) No 27A Kampung Parit Jawa, Sanglang 82100 Ayer Baloi. 
(boleh ikut Pekan Sanglang ikut signboard SK Seri Anom atau jika ikut Parit Makasar ke arah Pontian, Kg parit Jawa adalah simpang empat selepas Parit Satu (SK Seri Anom) dan sebelum jambatan Sg Sanglang.

Hubungi Puan Ngatinah di talian 07-6989594, atau Puan Nuriani di talian 0137327142. Sila rujuk kepada kedua mereka untuk harga pengedar.

Bersama-sama dalam mengembangkan kemajuan UMMAH.
 
Copyright (c) 2010 RAS Cake. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.